SUSILO BAMBANG YUDHOYONO

Posted: Oktober 19, 2010 in Uncategorized

Susilo Bambang Yudhoyono Susilo Bambang Yudhoyono Jawatan Presiden Indonesia ke-6 Tempoh perkhidmatan 20 Oktober 2004 – kini Timbalan Boediono Menurut Megawati Sukarnoputri Menggantikan tidak berkenaan Parti politik Parti Demokrat Tarikh lahir 9 September 1949 Tempat lahir Pacitan, Indonesia Pekerjaan Angkatan bersenjata Agama Islam Susilo Bambang Yudhoyono (lahir 9 September 1949; lebih dikenali sebagai SBY) ialah presiden Indonesia yang terkini. Melalui pindaan Undang-Undang Dasar Republik Indonesia 1945 yang memungkinkan presiden dipilih secara langsung oleh rakyat, beliau telah dipilih menjadi Presiden Republik Indonesia pertama pilihan rakyat serta presiden Indonesia keenam selepas dilantik pada 20 Oktober 2004 bersama Naib Presiden Jusuf Kalla. Kerjaya tenteranya terhenti ketika beliau diangkat Presiden Abdurrahman Wahid sebagai Menteri Pelombongan dan Tenaga pada tahun 1999 dan termuncul sebagai salah seorang pengasas Parti Demokrat. Pangkat terakhir sebelum persaraannya pada 25 September 2000 ialah Jeneral Tentera Nasional Indonesia Isi kandungan [sorok] 1 Latar belakang 2 Keluarga 3 Semasa jawatan Presiden 4 Perkhidmatan pesanan ringkas Presiden 5 Biodata 5.1 Pendidikan 5.2 Kerjaya 5.3 Penugasan 5.4 Anugerah 6 Lihat pula 7 Pautan luar [sunting]Latar belakang Dilahirkan di Pacitan, Jawa Timur kepada Raden Soekotjo dan Siti Habibah, SBY menyertai dunia ketenteraan mengikut jejak ayahnya. Pada tahun 1973, beliau lulus dari akademi Angkatan Bersenjata Republik Indonesia (AKABRI) dengan penghargaan “Adhi Makayasa” sebagai murid lulusan terbaik dan “Tri Sakti Wiratama” yang merupakan prestasi gabungan mental, fizikal, dan intelek yang tertinggi. Dalam tempoh antara 1974 dan 1976, SBY memulakan kerjayanya dengan Dan Tonpan Yonif Linud 330 Kostrad. Kemudian pada tahun 1976, beliau belajar di Sekolah Bawaan Udara dan Renjer Tentera Amerika Syarikat, serta menyertai banyak lagi kursus untuk kemajuan diri. Sila lihat: Pendidikan SBY. SBY ditugaskan untuk operasi-operasi di Timor-Timur pada tempoh 1979-1980 dan 1986-1988. Dari 1989 ke 1993), SBY bertugas sebagai Pensyarah Seskoad Korspri Pangab, Dan Brigif Linud 17 Kujang 1 Kostrad (1993-1994, Asops Kodam Jaya (1994-1995) dan Danrem 072/Pamungkas Kodam IV/Diponegoro (1995) serta Ketua Pemerhati Tentera bagi Pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNPF) di Bosnia-Herzegovina (1995-1996). Kelulusan SBY dari Kolej Pegawai Perintah dan Turus, Fort Leavenwort, Kansas, Amerika Syarikat, serta Saujana Sasteranya (MA) dari Universiti Webster Pengurusan (Management Webster University), Missouri, Amerika Syarikat juga membantu kerjayanya di Kasdam Jaya (1996), Pangdam II/Sriwijaya sekaligus Ketua Bakorstanasda, Ketua Fraksi ABRI MPR pada Sidang Istimewa MPR tahun 1998, dan Ketua Staf Wilayah (Kaster ABRI) dari 1998 ke 1999. Pada tahun 1997, SBY diangkat sebagai Ketua Angkatan Bersenjata dan Staf Urusan Sosial dan Politik. Kerjaya tenteranya terhenti ketika beliau dilantik oleh Presiden Abdurrahman Wahid sebagai Menteri Pelombongan dan Tenaga pada 26 Oktober 1999, dan Menteri Penyelaras Politik, Sosial, dan Keamanan. Perlantikan itu terjadi sewaktu Presiden Abdurrahman Wahid berada di “hujung tanduk”. SBY mundur daripada jawatan-jawatan tersebut pada 11 Mac 2004 sewaktu pimpinan pemerintahan dikendalikan oleh Presiden Megawati Sukarnoputri kerana dicalonkan oleh Parti Demokrat sebagai calon presiden. SBY memperoleh kedoktorannya (PhD) dalam bidang Ekonomi Pertanian dari Institut Pertanian Bogor (IPB) pada 3 Oktober 2004. Pada 15 Desember 2005, beliau menerima doktor kehormat dalam bidang ilmu politik dari Universiti Thammasat Bangkok (Thailand). Dalam ucapannya sewaktu menerima anugerah tersebut, beliau menegaskan bahawa politik merupakan seni untuk perubahan dan transformasi dalam sebuah negara demokrasi yang damai. Beliau tidak yakin sepenuhnya bahawa politik adalah ilmu. Dalam Persidangan Istimewa Parliamen Rakyat] pada akhir Julai 2001, SBY menjadi calon Naib Presiden. Walaupun tidak terpilih, nama SBY tetap bersinar. Dalam kabinet Megawati-Hamzah, SBY dilantik semula sebagai Menkopolkam, satu jawatan yang strategik. Semasa tempoh perjawatannya itu, SBY mengendalikan banyak kes yang harus diselesaikan, terutama kes-kes mengenai Aceh, Poso, dan Maluku. Beliau memainkan peranan yang besar dalam menentukan darurat tentera di Aceh dan Maluku. SBY juga memainkan peranan yang besar dalam perjanjian Malino untuk menyelesaikan pertikaian di Poso. Dalam pilihan raya umum 2004, SBY menewaskan Megawati Sukarnoputri dan menjadi ketua negara Indonesia. Dalam kehidupan peribadinya, SBY menikah dengan Kristiani Herawati, anak ketiga kepada Almarhum Jen. (Purn) Sarwo Edhi Wibowo, komandan RPKAD (kini Kopassus) yang membantu menumpaskan Parti Komunis Indonesia (PKI) pada tahun 1965. Mereka dikurniakan dengan dua orang anak lelaki: Agus Harimurti Yudhoyono, dan Edhie Baskoro Yudhoyono. [sunting]Keluarga Keluarga Yudhoyono Selain daripada tinggal di kediaman keluarganya di Bogor, SBY juga tinggal di Istana Merdeka di Jakarta. Beliau berkahwin dengan Kristiani Herawati, anak ketiga kepada Almarhum Jen. (Purn) Sarwo Edhi Wibowo, komandan RPKAD (kini Kopassus) yang membantu menumpaskan Parti Komunis Indonesia (PKI) pada tahun 1965. Mereka dikurniakan dengan dua orang anak lelaki: Agus Harimurti Yudhoyono (lahir 1979), dan Edhie Baskoro Yudhoyono lahir 1982). Agus memperoleh kelulusan SMA Taruna Nusantara tahun 1997 dan Akademi Tentera Indonesia pada tahun 2000. Seperti ayahnya, dia juga mendapatkan penghargaan “Adhi Mekayasa”. Agus adalah seorang Leftenan Satu TNI Angkatan Darat yang bertugas dalam sebuah batalion infantri di Bandung, Jawa Barat. Dia berkahwin dengan Anissa Larasati Pohan, seorang pelakon yang merupakan anak bekas Naib Presiden Bank Indonesia. Sejak pertengahan 2005, Agus menuntut pendidikan untuk ijazah saujananya dalam Penyelidikan Strategik di Institut Penyelidikan Pertahanan dan Strategi, Singapura. Anak yang bongsu, Edhie Baskoro, lulus dengan Kelas Pertama berganda dalam Perdagangan Kewangan dan Perdagangan Elektrik pada tahun 2005 dari Universiti Teknologi Curtin di Perth, Australia Barat. [sunting]Semasa jawatan Presiden Melalui pindaan Undang-Undang Dasar Republik Indonesia 1945 yang memungkinkan presiden dipilih secara langsung oleh rakyat, beliau telah dipilih menjadi Presiden Republik Indonesia pertama pilihan rakyat serta presiden Indonesia keenam selepas dilantik pada 20 Oktober 2004 bersama Naib Presiden Jusuf Kalla. Beliau menewaskan pasangan Presiden Megawati Sukarnoputri-Hasyim Muzadi dalam pilihan raya umum 2004. Pentadbiran SBY memberikan keutamaan kepada maslaah Pakatan sulit, Rasuah, dan Nepotisme (KKN), selain daripada masalah terorisme sejagat. Masalah narkotik, perjudian, dan perdagangan manusia juga diberikan tumpuan. Gelombang tsunami di Aceh dan Sumatera Utara yang terjadi pada 26 Desember 2004 menyebabkan pengorbanan dan menimbulkan rasa empati daripada pelbagai pihak di seluruh dunia. [sunting]Perkhidmatan pesanan ringkas Presiden Sekitar bulan Jun 2005, Presiden SBY memulai perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) ke nombor telefon bimbitnya di 0811109949. Namun pada hari keesokannya, terjadi gangguan teknikal kerana terlalu banyaknya SMS yang masuk. Sekarang, nombor itu digantikan dengan 9949 dan selepas itu, pesanan SMS akan disampaikan ke presiden. Nombor 9949 ialah tarikh lahir beliau (9 September 1949). Pada 28 Jun 2005, Presiden SBY mengirimkan SMS kepada masyarakat Indonesia dengan nama pengirim “Presiden RI”. Kebenaran pesanan itu yang berkaitan dengan pencegahan narkotik telah disahkan oleh jurucakap Presiden yang menyatakan bahawa berbagai-bagai SMS akan menyusul. [sunting]Biodata [sunting]Pendidikan 1973: Akademi Angkatan Bersenjata Republik Indonesia (Akabri) 1976: Kursus Bahasa Amerika, Lackland, Texas, Amerika Syarikat 1976: Kursus Bawaan Udara dan Renjer, Fort Benning, Amerika Syarikat 1982-1983: Kursus Lanjutan Pegawai Infantri, Fort Benning, Amerika Syarikat 1983: Latihan semasa kerja dalam Bahagian Bawaan Udara ke-82, Fort Bragg, Amerika Syarikat 1983: Sekolah Peperangan Hutan, Panama 1984: Kursus Senjata Anti Kereta Kebal di Belgia dan Jerman 1985: Kursus Komando Batalion 1988-1989: Sekolah Komando Angkatan Darat Kolej Pegawai Perintah dan Turus, Fort Leavenwort, Kansas, Amerika Syarikat Saujana Sastera (MA) dari Universiti Webster Pengurusan (Management Webster University), Missouri, Amerika Syarikat 2004: Kedoktoran dalam bidang Ekonomi Pertanian dari Institut Pertanian Bogor (IPB). [sunting]Kerjaya 1974-1976: Dan Tonpan Yonif Linud 330 Kostrad 1976-1977: Dan Tonpan Yonif 305 Kostrad 1977: Dan Tn Mo 81 Yonif Linud 330 Kostrad 1977-1978: Pasi-2/Ops Mabrigif Linud 17 Kujang I Kostrad 1979-1981: Dan Kipan Yonif Linud 330 Kostrad 1981-1982: Paban Muda Sops SUAD 1983-1985: Komandan Sekolah Pelatih Infantri 1986-1988: Dan Yonif 744 Dam IX/Udayana 1988: Paban Madyalat Sops Dam IX/Udayana 1989-1992: Pensyarah Seskoad 1993: Korspri Pangab 1993-1994: Dan Brigif Linud 17 Kujang 1 Kostrad 1994-1995: Asops Kodam Jaya 1995: Danrem 072/Pamungkas Kodam IV/Diponegoro November 1995 – : Ketua Pemerhati Tentera bagi Pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNPF) di Bosnia-Herzegovina 1996: Kasdam Jaya (hanya lima bulan) 1996- Pangdam II/Sriwijaya merangkap Ketua Bakorstanasda 1998: Ketua Fraksi ABRI MPR (Persidangan Khas MPR 1998) 1998-1999: Ketua Staf Wilayah (Kaster ABRI) 26 Oktober 1999 – : Mentamben Menko Polsoskam (Pemerintahan Presiden Abdurrahman Wahid) Menko Polkam (Pemerintahan Presiden Megawati Sukarnoputri) mengundurkan diri 11 Mac 2004 [sunting]Penugasan Operasi Timor Timur (1979-1980), dan 1986-1988 [sunting]Anugerah Susilo Bambang Yudhoyono 1973: Tri Sakti Wiratama (Prestasi Tertinggi Gabungan Mental Fizikal, dan Intelek) 1973: Adhi Makayasa (kelulusan terbaik Akabri 1976: Satya Lencana Seroja 1983 Siswazah Kepujian IOAC, Amerika Syarikat 1985: Satya Lencana Dwija Sista 1989: Kelulusan terbaik Seskoad Susreg XXVI 1989: Pensyarah Terbaik Seskoad 1996: Satya Lencana Santi Dharma 1996: Satya Lencana Pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNPF) 1996: Satya Lencana Pihak Berkuasa Peralihan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Slavonia Timur, Baranja, dan Sirmium Barat (UNTAES) 1998: Bintang Kartika Eka Paksi Nararya 1998: Bintang Yudha Dharma Nararya 1998: Sayap Penerbang TNI-AU 1998: Sayap Kapal Selam TNI-AL 1999: Bintang Kartika Eka Paksi Pratama 1999: Bintang Yudha Dharma Pratama 1999: Bintang Dharma 1999: Bintang Maha Putera Utama 2003: Tokoh Berbahasa Lisan Terbaik 2005: Bintang Asia (Star of Asia) oleh BusinessWeek 2006: Bintang Kehormat Darjah Kerabat Laila Utama oleh Sultan Brunei 2008: Darjah Utama Seri Mahkota Negara oleh Yang DiPertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin [sunting]Lihat pula

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s